24 Ogo 2017

Persamaan Kes Pergolakan Rumah Tangga Hafiz Hamidun Dengan Kes Aziz M. Osman


Amboih, kemain kau orang bercerita pasal Hafiz Hamidun. Kalau mahu tahu, anak kelahiran Teluk Intan ini pernah berlakon dalam sebuah telefilem di sekolah kami, Sekolah Agama Menengah Hulu Langat (Samten) pada tahun 2003. Hehe.

Filem rekaan yang bersiaran di televisyen pada 2004 ini berjudul "See You Di IPT". Terima kasih banyak kepada Hijjaz Music Entertainment sebab pilih sekolah kami sebagai lokasi penggambaran. Kalau teringat Samten, telefilem inilah sebagai pengubat rindu. Dapatlah kami lihat wajah guru-guru yang dikasihi seperti Allahyarham Ustaz Hasmuri, Cikgu Hasbullah, Cikgu Maznah dan lain-lain.

Masa itu, Hafiz Hamidun dengan kumpulan UNIC berlakon sama Bienda. Eh, Bell Ngasri pun ada tahu. Kelakar sungguh watak Bell. Haha. Boleh tonton di Youtube.

video

Sepanjang proses penggambaran, sedikit sebanyak kami tahu juga yang Hafiz Hamidun ini seorang yang baik dan menjaga akhlak. Cuma aku sedikit kecewa bila pengarah Zulkiflee Salleh tak ambil kami tingkatan 3 berlakon sekali. Alih alih cuma pintu kelas kami saja masuk tv. Kahkah!

Bila terbaca kes pergolakan rumahtangga beliau, aku teringat kes yang sama berlaku kepada pengarah filem terkenal, Aziz M. Osman.

Pengarah filem XX Ray ini berhadapan kemelut rumahtangga apabila isteri kedua yang beliau nikahi, Ustazah Nor Radhiah Ramli, masih lagi berstatus isteri orang yang belum tamat tempoh edah.

Waktu itu, Abang Aziz, pemilik syarikat produksi Ace Motion Picture, yang juga merupakan bekas suami kepada Datin Nor Aliah Lee atau Vee (artis Malaysia) segera ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu demi mendapatkan pengesahan status isteri yang baru dinikahi. Dan pihak mahkamah memutuskan bahawa perkahwinan mereka tidak sah.

Akhirnya, bapa kepada empat orang anak itu membubarkan perkahwinannya dengan ustazah tersebut. Takdir Tuhan, dua tahun kemudian beliau bertemu jodoh dengan Puteri Lily Lokman – 27 tahun lebih muda dari usianya. Bahagianya perkahwinan ini diserikan lagi dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan bernama Puteri Nur Azzahra yang lahir pada 31 Ogos 2011, anak merdeka. Alhamdulillah.

Kata Abang Aziz, kegagalan perkahwinan kedua beliau adalah disebabkan kesilapan teknikal dari pihak hakim mahkamah syariah yang mengendalikan kes cerai perkahwinan pertama Ustazah Nor Radhiah terdahulu dan juga ketidakjelasan isterinya tentang tempoh edah yang wajib dijalani.

Nampak tak sedikit persamaan dengan kes Hafiz Hamidun dan Siti Arifah Mohd Amin (Joy Revfa)?

Kawan-kawan.

Bila kita membaca atau mendengar masalah rumahtangga orang lain, elak buat kesimpulan mudah yang bukan-bukan. Kita tidak duduk di tempat mereka maka kita tidak layak beri komen itu ini. Yang sudah terlajak mengeji, lebih baik insaf kerana kita belum lagi diuji seperti itu.

Cakap dan doakan yang baik-baik saja untuk Hafiz Hamidun sekeluarga. Waktu ini Allah sedang menguji beliau dengan masalah begini. Mengeji dan mencaci orang lain tak menjadikan kita manusia yang lebih baik pun.

Apakah kita lupa yang Tuhan boleh saja menguji perkahwinan kita dengan ujian yang lebih berat daripada ini?


Muhammad Arif Aizuddin
Tergelak besar aku bila ada yang komen, "Tak apa Hafiz, Heliza Helmi masih ada. Kalau tak jodoh berdua, jodoh bertiga". Aduh!
Share:

17 Ogo 2017

Belajar Reda Dan Sabar Di Atas Segala Ujian Hidup

"Tahun ini Langat tak ada buah!" rungut kakak peniaga buah jalanan Batu 16, Hulu Langat. Wajahnya tampak sedikit kesal. Sesekali dahinya berkerut ketika berbicara.

Patutlah masa kemari itu hari, harga buah melambung. Rupanya musim kali ini mereka terpaksa beli sendiri stok di pasar borong. Pembekal di sana pula tolak dengan harga tinggi. Merasalah kami rambutan merah sekilo RM14. Padahal sebelum ini boleh dapat 3 kilo RM10.

"Banyak buah kat gerai ini kami ambil sendiri di negeri-negeri lain. Macam jambu batu ini ambil dari Perak, mata kucing ini ambil dari Kedah. Yang pisang ini pula dari Pahang," beritahu peniaga tersebut.

Tambahnya lagi, para pembekal buah di sekitar Hulu Langat sudah tak hantar buah ke sini sebab tahun ini buah-buahan di sini tak menjadi.


Yang buah cempedak berlambak-lambak ini pun supplier luar yang hantar. Saya lihat ada tiga jenis cempedak; cempedak kampung, cempedak madu dan cempedak kahwin.

"Cempedak kahwin ini sedap dik. Kita kahwinkan dengan buah nangka. Tapi rasa dia tak boleh lawan manis cempedak madu. Dua-dua sama harga, sekilo RM10. Kalau adik nak cempedak kampung, kakak bagi RM5 sekilo."

Fuh, menggigil tengok cempedak. Teringat dulu petang-petang lepas balik sekolah agama, nenek masak cempedak goreng panas-panas. Sedap woih.

Masa berganjak mahu pulang, saya sempat menoleh ke gerai itu lagi. Terlihat wajah sugul kakak tersebut memandang sayup tubuh kami di dalam kereta. Seolah berharap agar musim buah akan datang tidak bersempudal malang seperti ini lagi.

...

Kawan-kawan, inilah lumrah hidup.

Ada waktu menasib, tanah begitu subur dan pepohon tak henti merimbunkan buah-buahannya hingga tak habis kita makan. Ada waktu merudum, tanah seolah merajuk dan pepokok sedikit pun tak mahu beri hasil.

Di saat inilah, para asatizah berpesan, supaya kita belajar reda bersulam syukur atau sabar. Masa senang, kita harus reda dan syukur. Masa sukar, kita harus reda dan sabar.

Tautan kedua-dua elemen ini perlu ada agar hati ini terdidik menerima segala ketentuan Allah dengan rela jiwa. Relakan jiwa pada-Nya kerana yang menjadikan segala sesuatu adalah Dia. Pemegang tampuk rezeki segala makhluk.

Di langit dan di bumi.


Muhammad Arif Aizuddin
Menangislah bila harus menangis kerana kita semua manusia.
Share:

Kek Lapis Sarawak Yang Paling Sedap Dari Nana Layer Cake

"Woha!"

Terperanjat aku. Tetiba saja orang rumah menjerit. Aku yang sedari tadi mamai tidur petang, bergegas ke ruang tamu. Panik.

Segera aku cari wajah isteri dan tanya kenapa. Beliau memandang dengan mata terbelalak dengan mulut penuh mengunyah.

"Sedap gila!" bibirnya menguntum senyum ke telinga sambil mempelawa, "jemputlah rasa cik abang."

Aku pandang ke meja. Ada dua potong kek lapis Sarawak. Baru aku ingat, semalam orang rumah ada tempah kuih paling masyhur Bumi Kenyalang ini. Cepat pula hari ini sampai.



Aku ambil sepotong Kek Lapis Rainbow Cheese. Warna dia berlapis-lapis bak pelangi. Bau harum semerbaknya menerobos rongga hidung seolah baru dibakar dalam ketuhar tadi. Mmm, manis. Rasa lemak krim cheese larut dalam mulut. Lazat. Tapi kek lapis ini nampak sedikit berminyak. Ini mungkin kesan cairan butter semasa tempoh pengeposan semalam. Tak apa.

Belum puas hati, aku ambil sepotong lagi Kek Lapis Chocolate Cadbury. Minta maaflah, sebab secara peribadi aku memang suka gila sama coklat. Tapi aku kena review jujur.

Pertama kali kek lapis coklat ini masuk ke ruang mulut, mata aku terbeliak. Tekstur kek dia lembut. Ada rasa moist. Dan yang paling dahsyat sekali bila aku tergigit potongan coklat yang disusun rapat di setiap lapisan kek itu, ya Tuhan, air liur aku tak tertahan-tahan. Melimpah macam tangki pecah. Macam mana kau tengok Doremon lahap Dorayaki, macam itu jugalah aku. Haha!

Tak sempat kek dalam mulut aku telan, tangan aku segera mencapai sepotong lagi, dan sepotong lagi kek sampai orang rumah berdehem, "Ingat sikit orang belakang."

Hoho!

Patutlah tadi beliau bertempik. Sedap gila kot kek lapis Sarawak Nana Layer Cake - Kek Lapis Sarawak ini.

Mati-mati aku ingat orang Sarawak bikin. Rupanya orang Kuala Selangor. Tapi dia punya sedap sebijik macam air tangan orang Borneo beb!

Kalau ada skala undian 10 bintang, aku akan layarkan 9 bintang.

Aku berani jamin, sekali makan pasti kau orang akan terngiang-ngiang keenakan dia sampailah kau orang order lagi sebijik macam aku.

Kahkah!
Share:

Gula Sebab Rakyat Malaysia Kena Kencing Manis Ke-4 Tertinggi Asia


Mengikut Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan, seramai 3.5 juta rakyat Malaysia menghidap kencing manis pada tahun 2015. Ini menjadikan kita duduk di tangga keempat tertinggi di Asia bagi penyakit diabetes.

Kawan-kawan,

Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman.

#GengKomik
#KomikMalaysia

Watak lelaki : Maikel Jeng
Watak gadis : Sunti Sumawi
Share:

31 Jul 2017

Roti NSB, Roti Lagenda Kanak-Kanak 80-an Zaman Sekolah


Kau orang yang lahir tahun 80-an ingat lagi sama roti NSB ini? Sungguh makanan lagenda ini suatu ketika dulu pernah jadi santapan kita di kantin sekolah atau di tepi gerai jajan depan sekolah.
Malah kalau bhai roti lalu depan rumah, berlari kau kejar semata-mata mahu beli roti ini, kan? Haha!

Disebalik design plastik pembungkus yang tak pernah berubah sejak berdekad lalu, tersimpan seribu kenangan indah buat kita semua. Dan kali terakhir saya jamah roti ini kira-kira 18 tahun lalu – masa sukaneka darjah 6. Rindu tau.

Siapa sangka, rupanya kilang roti ini duduk di Kajang. Kira-kira 200 meter dari sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS).

Hah, tak usah tunggu lama. Singgahlah ke mari dan dapatkan tawaran istimewa. Beli 5 percuma 1. Sekarang dah ada 4 perisa tau; coklat, pandan, butter dan strawberi. Yang hat strawberi tu baru, jarang ada. Seminggu sekali saja.

Nah saya kongsi alamatnya,

NSB Bakery & Confectionary Sdn. Bhd
Lot 11575, Batu 13, Jalan Cheras,
43000, Kajang, Selangor

Koordinat lokasi, 3.0141010,101.7777880

Waktu operasi

Isnin - Ahad (kecuali Jumaat)
7 pagi hingga 4 petang

Hubungi

0387375869
0387375869
0387375869

Siapa baru tahu nama roti ini NSB, kita geng. Kahkah!

Share:

24 Jul 2017

Kemurungan Punca Chester Bennington, Vokalis Kumpulan Linkin Park Bunuh Diri


Bila terbaca kes bunuh diri pelantun suara utama Linkin Park, Chester Charles Bennington, saya teringat kes yang sama berlaku kepada seorang pelakon drama popular bersiri Korea, Winter Sonata – Park Yong-Ha.

7 tahun lalu, lelaki berusia 32 tahun ini nekad menamatkan riwayat sendiri kerana murung berpanjangan akibat masalah kerjaya, bisnes dan penyakit kanser yang dihadapi oleh bapanya.

Berbeza dengan Chester, bapa kepada 6 orang anak ini berhadapan dengan trauma penderaan seksual semasa kecil dan kesedihan melampau setelah kematian sahabat baiknya, Chris Cornell. Chris, 52, yang juga vokalis Audioslave telah mengambil nyawa sendiri dengan menjerut leher dengan tali pada 18 Mei lalu dan ini membayangi Chester untuk melakukan perkara yang sama pada 20 Julai.

Apa yang menyedihkan, masalah kemurungan mereka gagal dikesan ahli keluarga, rakan dan ramai pihak kerana lazimnya pesakit major depression cenderung menyembunyikan masalah mereka daripada umum. Sehinggalah semuanya berakhir dengan episod yang memilukan.

Lihat video interview Chester pada 17 Feb lepas, di mana Chester meluahkan perasaan sedihnya namun masyarakat gagal memahami : https://youtu.be/ZC_-zeWYMYo

Apa yang merisaukan kita, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan menjelang tahun 2020, masalah kemurungan yang membawa kepada penyakit mental bakal menjadi penyakit kedua terbesar di dunia selepas penyakit jantung.

Di Malaysia, kita sudah saksikan betapa tragisnya kejadian-kejadian mengambil nyawa sendiri di media sosial. Memang tak tidur malam dibuatnya. Ngeri.

Walaubagaimanapun, penyakit ini dapat diatasi jika semua pihak menggembleng tenaga mengenalpasti, membantu dan merawat pesakit sebelum parah.

Saya teringat kata-kata Ustaz Mohd Faiz ketika mengulas isu kes bunuh diri Chester,

"Apabila manusia ditenggelami masalah dan larut dalam resah gelisah yang berpanjangan, mereka akan datang kepada dua jalan. Pertama, jalan kembali kepada Allah. Kedua, jalan selain dari Allah. Iaitu dalam bentuk dosa seperti zina, minum arak dan pengambilan dadah.

Dan bila kaedah batil ini tidak lagi dapat menahan kesengsaraan jiwa mereka, maka jalan terakhir akan dipilih. Bunuh diri."

Beliau menambah, sebagai orang Islam, kita tak perlu kelam dalam masalah yang wujud. Masalah adalah ujian. Ujian datang untuk menguji kadar keimanan kita. Setiap orang beriman pasti diuji Allah. Dan ujian yang diberikan semestinya pada kadar yang mampu dipikul hamba-Nya.

Setiap ujian pasti diganjari pahala dan dinaikkan martabat di sisi Allah.

Kawan,

Usah dipendam lama-lama masalah di dalam dada. Ceritakan, luahkan pada ahli keluarga dan sahabat. Usah malu dapatkan perawatan samada daripada doktor, ahli psikologi atau pakar psikiatri di klinik dan hospital.

Amalkan pemakanan seimbang dan kekal bersenam agar tubuh sihat. Selain itu, perbanyakkan amalan yang mendekatkan diri pada Yang Maha Esa, kerana di sisi-Nya terdapat seribu rahmat dan seribu ketenangan pada jiwa dan raga.

Ketahuilah, kehidupan dunia hanyalah sementara. Sebab kita orang Islam, ada akhirat. Di sana, segala nikmat akan disempurnakan.


Muhammad Arif Aizuddin
10 tahun lepas, Linkin Park menghasilkan sebuah lagu, What I've Done. Ironinya, bila diteliti lirik ini seolah memberi mesej apa yang bakal diperbuat Chester kepada diri sendiri – erase myself.
Share:

20 Jun 2017

Afiah Makan Donat Sebelah Abah Di Bulan Puasa


Donat-donat ini diratah dengan ganas di sebelah saya di dalam kereta pada pukul 12.30 tengahari semalam.

"Kenapa abah tak suka makan donat?" tanya Afiah.

"Puasa."

"Afiah pun kuasa (puasa) jugak," sambil menyuap donat berhias kacang ke dalam mulut.

Bunyi krup krap krup krap itu sangat menekan jiwa.

Ya Tuhan!

Share: