22 Feb 2017

Cari Kelainan Genre Buku Di Kedai Buku Dubook Store

Buku yang terbit di sini berbeza sungguh. Unik dan menarik. Sukar ditemui di tempat lain. Bukan saja tampak berani malah melawan arus. Inilah DuBook Store. Liar dan angkuh!

Kelibat Mutalib Uthman di situ. Tetiba muncul.

Jual buku saja. Bukan maruah.

Pandangan dalam. Lawa woih. Eh, ada jual t-shirt jugak.

Hiasan dia saja sudah memukau. belum bab buku lagi.

Kalau inginkan kelainan, mahukan sesuatu yang segar dalam pembacaan, singgah sini dan bawa pulang senaskhah buku ke rumah sambil menikmati secawan kopi. Memang layan.

Rak buku di dinding.

Beli jangan tak beli.

Sebut saja buku

Khairul Hakimin Muhammad
Raiha Bahaudin
Musa Nuwayri
Firdaus Hariri
Nasron Yasin
Isma Ae Mohamad

Malah, buku Amran Fans pun ada tau. Kahkah!

Buku yang tengah ngetop sekarang. Eh, macam kenal je buku Bintang Al-Nilam dengan Emak Rindu Mathanga Erissery. Kihkih!

Sekarang, mereka ada buat penghabisan stok bagi buku-buku tertentu. Ada yang bernilai RM2.00, ada RM5.00. Dan yang paling best, bagi setiap belian buku terbitan DuBook, anda bakal menikmati diskaun 15% kalau beli terus di kedai ini. Siap dapat sticker percuma woih. Wuhhu!

Tengah promosi. Murah tak bererti murahan.

Yang ini promosi RM5.00. Cepat cepat!

Lagi rak buku.

Kedai Buku DuBook Press
1-5-1, Lot 3, Tingkat Bawah,
Bangi Sentral, Kajang, Selangor
Koordinat lokasi, 2.961236, 101.756808

Waktu operasi
Isnin - Ahad (10 pagi hingga 8 malam)

Hubungi

0122639463
0122639463
0122639463

Website : www.dubook.com
FB Page : DuBook Store
Share:

20 Feb 2017

Mesin Jahit Brother Murah Di Kedai Kraf Ezee

Ha, yang ini perempuan suka. Kalau orang rumah minat menjahit, nak cari mesin dan alat menjahit, saya cadangkan supaya ke Kedai Kraf Ezee, Bangi.

Pandangan luar. Sederet dengan Melaka Kitchen. Seksyen 9, Bangi tau.
Syarikat ini bukan saja dilantik sebagai dealer mesin jahit popular jenama Brother, bahkan rata-rata tukang jahit kalau mahu cari mesin jahit murah dan berkualiti mesti akan beli di sini. Sebut saja mesin jahit industri, mesin jahit tepi dan mesin jahit sulam, semua ada. Nak yang second hand pun boleh.

Macam-macam mesin ada. Ada waranti siap.
Ini antara alatan jahit yang selalu dicari,

Zip
Felt
Lace
Minky
Manik
Jarum
Butang
Benang
Cangkuk

Seleksi benang. Semua warna ada.

Susah nak jumpa kedai yang jual banyak zip warna-warni. Kedai ni salah satu yang banyak pilihan. Bayangkan warna kuning sahaja ada 3-4 tona. Letih nak pilih.

Benang minlon. Kalau pandai mengait, boleh dapatkan satu. Buat baju sejuk macam mat saleh.

Tak usah pening. Bawa saja orang rumah ke mari. Tahulah dia apa nak beli. Hihi.
Yang paling best, dengan pembelian RM50 sahaja dah boleh jadi ahli dan nikmati diskaun. Yeay!

Kalau dah jadi ahli, inilah harganya. Memang puas hati beb!

Kraf Ezee
No. 30 Jalan PB3
Seksyen 9, Bangi, Selangor
Koordinat lokasi, 2.960215, 101.755308

Waktu operasi
Isnin - Ahad (10 pagi hingga 6 petang)

Hubungi
En. Rafizi - 012 9289 727
En. Rafizi - 012 9289 727
En. Rafizi - 012 9289 727

Website : www.krafezee.com
FB Page : Kraf Ezee Entreprise
Share:

18 Feb 2017

Petra Nabila Mustafa, Ratu Pecut SUKMA 2002

Bila bercerita pasal perempuan mirip lelaki, saya teringat individu ni. Beliau pernah mengejutkan arena sukan negara dengan rupa dan susuk tubuh persis lelaki. Badan tegap, dada bidang. Bila bercakap suara garau. Sekali tengok macam abang-abang beb.

Kata orang, waktu kemunculan dia dulu, banyak pihak yang tak puas hati sebab ingat beliau lelaki. Sampai terpaksa buat medical check up lagi untuk pengesahan jantina. Entah ya, entah tidak.


Ingat lagi nama Petra Nabila Mustafa? Ratu Pecut Negara. Dua kali beliau menang pingat emas masa sukan SUKMA tahun 2002. Bayangkan, acara 100 meter beliau catat rekod 11.6 saat, acara 200 meter pula 24.37 saat. Punyalah laju. Sampai dapat Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan waktu tu.

Beliau bukan saja pawer bab berlari ni, bahkan pelajar cemerlang Kolej Tunku Kurshiah, sebuah sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan.

Bila beliau umumkan persaraan masa tahun 2004 kerana mahu menumpukan pelajaran, arena sukan negara rasa macam satu kehilangan besar yang susah nak cari ganti.

Tahun ni, ratu pecut SUKMA ini berusia 32 tahun. Hah, nak pi Google la tu. Kahkah!

---
Kredit Foto : Freepik.com
Share:

17 Feb 2017

Minyak Bon, Pelebat Rambut Lagenda


Ingat lagi tak minyak Bon?

Datuk segala pomade. Haha. Masa tahun 90-an, budak laki suka pakai benda ni. Ada yang pakai atas kepala, nak kasi rambut lebat. Ada yang sapu atas bibir dengan dagu pasal nak misai, janggut tumbuh cepat.

Rupa dan bau minyak Bon ni sebijik macam minyak gris. Likat dan bacin. Tapi peduli apa. Sebab masa tu siapa yang ada kumis, ada jambang, dialah paling kacak. Beratur adik manis hantar surat.

Orang kata, kalau nak lagi berkesan kena ikut petua dia. Mula-mula, tuam bahagian yang nak sapu tu dengan air panas. Bukan air panas mendidih. Sedang-sedang saja. Lepas tu, gonyoh minyak Bon kat bahagian tu waktu malam sebelum tidur. Boleh tahan jugak menjadi kata orang. Dia punya kesan tumbuh tu sampai sekarang jenuh pasal asyik nak bercukur saja. Rasakan.

Bila masuk sekolah asrama Kelantan, kecoh budak-budak pasal pomade lagenda ni. Ada yang kata tak boleh pakai sebab bahan dia ada guna darah kelawar. Entah ya, entah tidak.

Masalahnya, budak-budak lelaki, lagi disebut darah kelawar, lagi dia nak pi cari. Habis dikejarnya kelawar satu asrama semata-mata nak ambil darah. Lepas tu nak sapu kat sideburn kasi berjambang bagai. Ya Tuhan!

Saya pernah pakai minyak Bon ni. Rembat abang punya. Bawak lari ke asrama. Tapi itu dulu.

Bila masuk IPT, kita pakai benda lain. Tak pandang dah Bon ke, Tancho ke. Saya pakai brand lagenda jugak. Tapi nak sebut malu. Nanti ada yang gelak.

Yelah yelah. Pasal dah terlanjur cerita, saya bagitahu jugaklah. Tapi jangan ketawa tau. Saya pakai minyak rambut jenama...

Zam Zam Hair Oil.

Ok, bai.

---
Kredit Foto : Bon4u.com.my
Share:

16 Feb 2017

Kisah Pickupline Kuih Tepung Pelita

"Awak tahu tak kenapa orang panggil kuih ni kuih tepung pelita?"

"Tak tahu. Kenapa?"

"Sebab kuih ni menyinari ruang yang gelap, awak pula menyinari ruang hidup saya."

"Kalau macam tu, awak beli kuih ni satu, lepas tu gantikan dengan lampu rumah awak."

** Terus sorok muka belakang tiang

(Kisah pickupline tak jadi)
Share:

15 Feb 2017

Kisah Afiah Makan Main-Main

Orang rumah, "Kenapa Afiah tak makan?"

Afiah, "Afiah makanlah ibu."

Orang rumah, "Tak bergerak pun nasik tu."

Lantas si kecil ini menjongket-jongket hujung pinggannya dengan jari supaya nasi itu bergerak.

"Tengok ni ibu. Nasi tu bergerak."

Geleng sahaja kepala saya mendengar helah anak 3 tahun 8 bulan ini. Hmm....
Share:

13 Feb 2017

Kisah 7 : Buku Punya Hal

Sambil menunggu Pak Hartono menyiapkan Nescafe tarik, Deki terasa ingin menguji kepala otak si Eman Panjang yang dari tadi asyik mengirim mesej Whatsapp kepada buah hatinya, Santi.

Deki, "Sudah-sudahlah tu. Menyampah aku tengok kau mengekeh sorang-sorang tengok telefon. Orang lain pun ada makwe jugak!"

Eman Panjang mengerling sahabatnya lalu menyimpan telefon Samsung buruknya ke dalam poket sambil mengetap gigi.

Deki, "Sebenarnya, aku ada teka-teki nak bagi kau. Kalau kau pandai jawab, minum petang hari ini aku taja."

Eman Panjang, "Tak ada hal. Tapi kalau kau lari, aku taji."

Deki, "Okay, okay. Macam ni. Dalam banyak-banyak buku, buku apa yang kasi orang kenyang?"

Eman Panjang, "Apa benda punya senanglah soalan kau ni. Sebuku rotilah!"

Deki, "Mak datuk, cerdik pulak kau petang ni. Okay, soalan kedua. Dalam banyak-banyak buku, buku apa yang buat orang wangi?"

Eman Panjang, "Kejap. Kasi aku pegang kunci motor kau dulu. Karang kau cabut lari. Ehem... ehem... Sebuku sabun! Kah! Kah! Kah!"

Berpeluh dahi Deki lihat Eman Panjang mampu menjawab dua buah teka-tekinya. Duit dalam dompetnya hanya ada 50 sen. Cukup-cukup untuk beli sebatang rokok Surya hitam.

Kemudian, Pak Hartono pun datang menghantar Nescafe tarik yang dipesan mereka berdua. Sambil meletakkan minuman tersebut kepada Deki dan Eman Panjang, si tua ini bersuara,

"Kau orang main teka teki ya. Kalau kau orang boleh jawab teka-teki aku, minum petang hari ni tak payah bayar."

Tersenyum dua sahabat ini sehingga menampakkan kuning gigi. Ada orang nak beri rezeki, kalau ditolak rugi.

"Boleh, tak ada hal!" pantas si Eman Panjang menjawab sambil menyalakan api rokok. Terlebih yakin nampaknya disitu.

"Sekejap, sekejap. Kalau tak boleh jawab?" soal Deki dengan rasa ingin tahu.

"Kalau tak boleh jawab, kau orang kena cuci pinggan kedai aku seminggu!" sahut Pak Hartono sambil menggenggam kedua-dua pergelangan tangan Deki dan Eman Panjang.

Tersentak dua kawan karib ini. Lalu si Deki berteriak, "Aku rasa aku dah tahu soalan apa. Alamak!"

Pak Hartono ketawa lalu bertanya , "Apa soalannya?"

Deki dengan mimik sayu menjawab, "Aku tahu Pak Hartono nak tanya, dalam banyak-banyak buku, buku apa yang buat ramai orang lari daripadanya kan. Betul tak?"

Pak Hartono, "Hah, tahu pulak kau soalan aku. Aku nak tanya Eman, apa jawapannya?"

"Buku 555 pak..." jawab Eman Panjang dengan nada mendatar ke bawah sambil memandang muka Deki dengan kening berkerut.

Belum sempat Pak Hartono melibas dengan soalan "Bila nak bayar?", kedua-dua lelaki ini segera melepaskan tangan daripada cengkaman tauke warung usang ini lalu bingkas bangun berlari dan melompat atas motor masing-masing.

Dari jauh kedengaran gema suara Pak Hartono bertempik, "Siapa nak habiskan Nescafe ni! Aku bagi buku lima karang!"

#KisahOrangMinangKampungGadang
Share:

Orang Malaysia Tidak Gemar Double Park

Kalau di Korea, mereka ada "Park" Jung Won, pemuzik yang melahirkan runut bunyi untuk drama Winter Sonata. Semua orang suka.

Kalau di Amerika, mereka ada Linkin "Park" sebagai kumpulan muzik rock popular di serata dunia. Semua orang suka.

Namun, di Malaysia, perkataan ini kurang disukai terutama jika melibatkan "double park" kereta. Ramai menderita.
Share:

12 Feb 2017

15 Cara Terbaik Untuk Dapatkan Sebuah Parkir

Pernah sekali saya dimarahi seorang lelaki gara-gara double park di sebelah kereta beliau depan masjid pada Subuh bulan Ramadhan. Berdarah telinga. Sejak itu, taubat lahum tak buat dah. Biar parkir jauh tak apa. Janji kita bahagia, orang lain selesa.

Masalah parkir ini memang berlaku dimana-mana terutama di kawasan tumpuan seperti bank, pejabat pos, masjid, hospital dan kompleks beli belah. Bila tak dapat parking, kita tak boleh meletakkan kenderaan semborono hingga menyusahkan orang lain. Kita nak hidup harmoni, senyum nampak gigi. Bukan berkelahi, berdarah gusi.

Dan mohon perhatian. Topik ini berkisar tentang isu parkir di area premis bangunan perniagaan dan kedai. Tidak menyentuh isu parkir di kawasan perumahan dan strata. Disini, saya ingin kongsikan 15 tip yang wajar kita lakukan untuk mendapatkan sebuah lot parkir merangkumi plot sebelum, semasa dan selepas.


Sebelum pergi ke tempat parkir sesak :

1. Datang awal

Tanam mindset ini dulu dalam kepala. Datang awal, datang awal, datang awal. Kemudian hadam pepatah ini, “Siapa cepat dia dapat”. Lepas itu, cuba selaraskan kedua-duanya menjadi satu kefahaman, “kalau aku datang awal cepat-cepat, aku akan dapat lot parkir”. Masalah orang kita, sudah tahu area tersebut lot parkirnya cepat penuh, tak mahu rancang datang awal. Suka last minute. Ok, kalau ada yang tanya, “Habis, kalau datang awal pun lot parkir penuh, macam mana?”, saya akan jawab, “Baca tip-tip seterusnya di bawah. Mudah-mudahan membantu, Insyaallah.”

2. Buang pemikiran “Aku nak parkir depan pintu kedai”

Lekas kuburkan pemikiran seperti ini. Bila sampai ke tempat letak kereta, semua orang akan fikir benda yang sama - nak parkir dekat, nak kejar masa, tak nak jalan jauh. Bila lintasan ini datang, kita kena sedar kebarangkalian peluang mendapatkannya tipis. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, kita sabar dan cari parkir lain.

Semasa sampai ke tempat parkir sesak :

3. Elak mencilok parkir orang lain

Seorang pemandu wanita berusia sedang menunggu sebuah kereta keluar dari kotak parkir. Tanpa disedari ada seorang pemandu lelaki di belakang sedang menunggu peluang untuk masuk mendahuluinya. Usai sahaja lot parkir itu kosong, pemandu lelaki itu segera memintas dan berjaya mencuri ruang tersebut. Wanita tua itu kecewa dan menangis lalu beredar. Bayangkan wanita tersebut ibu kita. Apa perasaan kita? Hormati setiap orang agar diri kita juga dihormati.

4. Tidak melakukan double park

Di Malaysia, pesalah double park akan menerima hukuman tanpa bicara oleh masyarakat. Lihat sahaja di Youtube, kenderaan mereka diconteng, dicalar dan dirosakkan. Tak kurang juga pemandunya dicaci malah ada yang dicederakan. Ingat tak ada sebuah video dari luar negara yang memaparkan sebuah kereta dicurah simen konkrit ke dalam bahagian kereta pesalah menggunakan lori simen? Geleng kepala. Kejadian tragik ini kita mahu elak. Bukan dibuat gelak.

Di Kuala Lumpur, ada sesetengah pemandu yang melakukan double park akan menampal nama dan nombor telefon mereka pada cermin kereta. Jika anda lakukan ini, pastikan anda set nada dering paling kuat selepas itu. Apa-apa yang berlaku kemudian, sabar. Elak bergaduh. Jika mahu double park juga, pastikan gear berada pada kedudukan free (untuk kenderaan manual) dan “N” (Neutral - untuk kenderaan auto) serta turunkan handbrake supaya kereta anda boleh ditolak ke depan atau ke belakang. Atau lebih baik kita bawa kawan yang boleh memandu juga menunggu di dalam kereta. Ini langkah bijaksana.

5. Tidak menghalang laluan utama

Sesiapa sahaja yang berkenderaan, elak letak kenderaan hingga menghalang laluan pejalan kaki, laluan motor dan laluan kereta. Usah mengundang risiko kemalangan. Pihak berkuasa tempatan (PBT) bukan sahaja boleh saman dan clamping malah silap haribulan kenderaan kita boleh kena sita. Kan dah menderita.

6. Parkir jauh tidak berdosa

Jika terpaksa letak kenderaan jauh, turunkan dahulu penumpang di hadapan premis, kemudian kita beredar. Bukankah berniat parkir jauh supaya dapat memudahkan orang lain adalah suatu pahala? Bahkan Tuhan pula akan menyenangkan urusan kita. Parkir jauh, dapat bawah pokok teduh. Parkir hujung, urusan cepat siap macam naik bot pancung. Tuhan punya kuasa. Yang penting, niat kena ada.

7. Masuk parkir berbayar tidak salah

Cuba buat perbezaan antara kadar bayaran parkir RM0.50 sejam dengan kadar sekali kompaun RM30. Beza sangat. Kalau ada yang soal, “Kau mana pernah rasa kena bayar parkir RM10 sejam?”, maka saya akan jawab, “Apalah erti wang parkir yang kita keluarkan berbanding dengan dosa yang kita dapat setelah menyusahkan pengguna lain.”

8. Parkir di tempat khas ini kejam

Jika di masjid surau, ada lot parkir khas untuk imam, penceramah serta AJK. Sila parkir tempat lain, ok. Jika di kompleks beli belah, hospital, bank dan pejabat pos ada lot parkir khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU), ada lot parkir khas untuk keluarga yang ada anak kecil dan ada zon parkir khas untuk wanita. Sila utamakan hak mereka. Mengapa lot parkir VVIP kita pandai hormat, sebaliknya lot parkir khas ini kita ralat?

9. Tidak mendesak pengguna lain keluar dari kotak parkir

Setiap orang berhak menikmati kemudahan yang diperolehi. Memaksa orang lain segera keluar dari parkir mereka itu gaya samseng. Minta dengan baik dan bertolak ansur. Itu cara kita.

10. Guna kenderaan beroda dua

Masalah parkir adalah dilema utama pemandu kereta. Jadi, apa salahnya sesekali naik motor dan basikal. Parking pun senang. Jika ada yang menyoal, “Barang banyak nak angkut, takkan naik basikal?”, saya galakkan anda manfaatkan kenderaan pacuan empat roda dan amalkan tip pertama. Datang awal.

11. Beli lot parkir sendiri

Tindakan ini lazim dilakukan oleh syarikat atau pekedai yang mengalami masalah parkir di sesetengah tempat. Jika anda mampu, apa salahnya. Lot parkir yang sudah kita beli akan digariskan dengan cat warna merah, dan kita ada hak ambil tindakan undang-undang jika kenderaan lain masuk parking lot tersebut. Best kot!

Semasa sudah mendapat parkir :

12. Masuk parkir dengan kaedah yang betul dan selamat

Tak kira apa-apa skil yang benar, teruskan. Dengan teknologi sistem sensor belakang yang terdapat pada hampir kesemua kenderaan terkini, sekali sekala gayakan teknik “masuk parkir dengan cara mengundur ke belakang” atau disebut reverse angle parking kerana ia memudahkan kita untuk keluar selepas itu. Sila cuba, usah malu.

13. Betulkan kedudukan kereta hingga masuk sempurna ke dalam kotak parkir

Elak parkir hingga makan ruang parkir sebelah. Kedudukan kereta dalam keadaan tidak betul dan senget menyukarkan pemandu lain untuk parkir dengan baik. Malah, ia menjadi punca orang lain turut melakukan tindakan yang sama. Ini bahana.

14. Elak parkir terlalu rapat dengan kenderaan sebelah

Parkir gaya ini menyebabkan kita dan pemandu sebelah sukar keluar daripada kereta. Bukan itu sahaja, bahkan apabila pemandu tersebut cuba melepasi bukaan pintu yang sempit, boleh jadi hujung pintu mereka terkena kenderaan kita lalu kemik dan calar. Mahu?

15. Segera beredar setelah urusan selesai

Tindakan ini harus dipuji kerana ia memberi peluang kepada orang lain mendapatkan ruang parkir dan membantu mereka menyelesaikan urusan masing-masing.

Masalah parkir ini adalah isu lama. Jika tidak ditangani dengan baik, yang sopan boleh jadi baran, yang garang boleh keluar parang. Kita tak mahu kes jenayah berlaku hanya disebabkan sebuah parkir. Yang penting, amalkan sikap bertolak ansur, saling maaf memaafkan dan sentiasa mengikut lunas undang-undang. Baru hidup berkat dan senang.


Muhammad Arif Aizuddin
Penjaga lot parkir hati isteri.

---
Kredit Foto : Boredomtherapy.com
Share:

11 Feb 2017

Kisah Kepala Kami Kena Lutu Dengan Abang

Teringat masa kecik dulu. Setiap pagi hujung minggu, ayah akan ajar kami tiga beradik mengaji. Bergilir-gilir.

Biasanya ayah panggil abang baca dulu sebab dia memang suka mengelat. Haha.

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu bacaan tajwidnya banyak kali diperbetul. Jadi, kami dua beradik ini gelak mengekek di belakang ketawa dia.

Ingatkan dia tak perasan. Habis sahaja mengaji, kepala kami berdua kena lutu. Sakit bukan main!

Padan muka. Hahaha.
Share:

Sedapnya Kuih Bahulu Pecah Lapan Masri


Punyalah sedap dapat makan kuih Bahulu Pecah Lapan ini panas-panas. Sudahlah teksturnya lembut, rasanya pula tidak terlalu manis. Kalau dihadap bersama kopi atau teh panas petang-petang, memang layan!

Ini saya beli terus dari Kedai Bahulu Masri sebelah Wisma Masri. Dapat jugalah tengok cara mereka bikin kuih ini. Katanya guna telur ayam besar.

Waktu ini mereka sedang gigih menyiapkan tempahan 1,600 biji untuk perkahwinan anak taukey kelapa sawit. Wuhhuu!

Kuih Bahulu Pecah Lapan

RM1.50 sebiji.

Kedai Bahulu Masri,
Sekinchan, Selangor
Koordinat lokasi, 3.523570, 101.091669

Waktu operasi
Isnin - Ahad (8 pagi hingga 8 malam)

Hubungi
MHP Enterprise Sdn Bhd - 03 3251 3957
MHP Enterprise Sdn Bhd - 03 3251 3957
MHP Enterprise Sdn Bhd - 03 3251 3957

Blog : www.mhp2020.blogspot.com
Share:

Kisah Afiah Terkucil Atas Karpet Masa Potty Train

Sebelum ini, kami ada ajar Afiah tak pakai pampers di rumah. Belum sampai 12 jam, tilam dah basah.

Baru-baru ini, kami latih lagi. Kali ini, berdesing telinga dia dengar pesanan ibu dan abah. Ayat, "Kalau nak buang air bagitau ibu, bagitau abah" diulang berpuluh kali. Hari pertama berjaya.

Masuk hari kedua, kami bawa Afiah ke kedai. Macam biasa, ayat yang sama disebut-sebut selalu. Si kecil ini faham sambil angguk kepala. Di dalam hati, risau juga kalau-kalau anak "terlepas". Maklumlah, jika ikut teknik "Potty Train" ini kena duduk rumah beberapa hari tanpa keluar.

Sepanjang perjalanan, semuanya baik-baik sahaja. Afiah pula seronok bergurau di dalam kereta. Namun, sebaik sahaja tiba di kediaman, perkara yang ditakuti akhirnya terjadi.

Afiah tidak berjaya mengawal. Cecair kuning bau hancing mengalir membasahi seluarnya lalu melimpah atas karpet di ruang tamu. Sekuat hati juga dia meraung. Agaknya takut abah marah.

Sudahnya, Afiah pakai lampin balik. Habis cerita. Kahkah!

Muhammad Arif Aizuddin
Pernah kencing belakang sofa nenek masa umur 6 tahun.
Share:

5 Feb 2017

Homestay Kontena Melaka

Bukan mudah nak cari kelainan masa bercuti dengan harga berpatutan. Biasanya wang dan emosi jadi pertaruhan. Dengan memilih Homestay Kontena Melaka, semua ini boleh diandalkan.

Berjarak 150 km dari Kuala Lumpur, perjalanan melalui Lebuhraya Plus ke Bukit Katil (exit Tol Ayer Keroh) hanya ambil masa 90 minit untuk tiba di lokasi yang terletak bersebelahan Rumah Melaka di Jalan Imam Kadir.

Pandangan sisi sahaja cukup memberi impresi unik.

Homestay ini bercirikan gaya moden. Ia dibangun menggunakan badan kontena dari struktur besi kukuh lalu didekorasi sehabis cantik dengan kemasan serta perabot ringkas agar kelihatan santai. Dengan fasiliti yang disediakan, percutian di inap desa ini jadi sangat berbaloi dan bermakna.

Pandangan belakang dengan tangga besi menuju atas.

Kondisi Bilik Yang Terbaik
Bilik kontena ini cukup memuatkan tiga orang dewasa. Jika dibawa bersama seorang lagi kanak-kanak, ruangan ini masih lagi selesa. Dengan talaan suhu aircond sederhana pun, ruang selebar 8 kaki X 40 kaki ini cepat sejuk macam Jepun.

Katil saiz Queen yang selesa.

Bilik ini juga dilengkapi dengan sofa bed supaya anda dapat relaks sambil melempar pandangan indah ke luar cermin. Tambah ceria apabila siaran Astro Beyond juga cukup jelas serta ada pemain DVD.

Lebih menguntungkan lagi, Wifi di dalam bilik pun pantas. Bolehlah update segala macam di Facebook dan Instagram dengan cergas.

Bahagia juga kalau tidur atas sofa bed. Layan.
Ruang bilik air tak kurang hebat. Dengan water heater, sejuk pagi tak perlu hirau.

Keseronokan Mandi Di Kolam Renang
Kolam Renang ini dibina dihadapan guest house kontena. Ia diselenggara dengan baik mengikut jadual supaya air sentiasa bersih dan terjaga. Swimming pool sedalam pinggang orang dewasa ini menyajikan keceriaan kepada para tetamu.

Saya galakkan ibu bapa atau penjaga mandi bersama anak-anak kecil bagi menjamin keselamatan mereka.

Tak pandai berenang pun tak apa. Pelampung budak disediakan.

Duduk disini sambil memantau anak-anak bermain.

Lihat Alam Dari Atas Bumbung
Sesekali, melepaklah di tingkat dua untuk melihat pemandangan alam di kawasan sekitar desa. Meja dan kerusi pun ada. Boleh minum-minum, berbual mesra.

Sesuai kalau mahu bersantai di atas ini pada awal pagi dan hujung petang sambil mengirup kopi panas.

Nikmati Aktiviti Percuma
Disini, anda boleh mengayuh basikal sepuas-puasnya. Mahu ronda kampung dari siang sampai malam pun tak mengapa. Yang penting, jalan pulang usah dilupa.

Jika gemar permainan indoor, jentik sahaja karom, jalankan sahaja Chess, mainkan sahaja Dam. Semuanya untuk anda. Bakat yang ada, tak perlu pendam.

Basikal bergear yang disangkut pada palang.

Patutlah panggil-panggil tak bersahut. Asyik menggodek mainan.

Bergambar Bersama Lukisan 3D
Sebelum pulang, ber-selfie dahulu bersama mural tiga dimensi dikawasan ini kerana ia merupakan kerja seni pengkarya yang didatangkan khas dari Indonesia.

Aktiviti bergambar yang tidak sewajarnya dilepaskan.

Surau Sangat Dekat
Bagi memastikan solat berjemaah sentiasa terjaga, ada surau terdekat iaitu Surau Ubudiah Kampung Baru. Keluar dari pagar automatik inap desa, belok kanan dan terus sahaja hingga temu musolla ini. Hanya 2 minit sahaja.

Untuk solat Jumaat, anda boleh ke Masjid Al-Rahmah di Kampung Tun Abdul Razak, berdepan dengan Gold Coast Malacca International Resort.

Untuk akses ke masjid ini, anda perlu keluar dari simpang Jalan Imam Kadir, belok ke kanan menghala ke lampu isyarat dan kemudian ambil arah kanan menghala ke Gold Coast Malacca. Tiba dipersimpangan hadapan resort tersebut, belok kiri dan terus sahaja hingga jumpa kubah masjid. Sangat dekat. Hanya 5 minit sahaja.

Harga Bilik
Penginapan pada hari biasa ditawarkan pada harga RM150 untuk 2 hari 1 malam. Jika datang pada hari cuti am, cuti sekolah atau hujung minggu, hanya perlu menambah RM30 sahaja. Murah dan sangat berbaloi.

Ini koordinasi lokasinya, 2°13'48.9"N 102°18'09.3"E.

Hubungi 013 3627077
Hubungi 013 3627077
Hubungi 013 3627077

Facebook : Homestay Kontena Melaka
Website : Homestaykontena.com/homestay-kontena-melaka
Share:

2 Feb 2017

1 Feb 2017

Kisah Afiah Salah Dengar Apa Abah Cakap

"Seronok betul hari ni dapat menikmati makanan yang sedap," kata saya sambil membetulkan punggung di kerusi pemandu.

Tiba-tiba Afiah menyampuk, "Eh, abah. Tak bagus cakap mati mati. Ibu, tengok abah dia cakap mati."

Saya tersentak lalu menegur, bukan "mati" yang saya kata tapi "menikmati". Afiah tak puas hati. Telinganya menangkap saya ucap perkataan "mati".

"Afiah dengar abah sebut mati. Abah tak nak cakap macam tu lagi ya," balas Afiah mempertahankan apa yang dia dengar.

Sambil menggeleng kepala, saya minta isteri memperbetulkan salah faham si kecil ini.

"Afiah, abah cakap me... nik... ma... ti.... Menikmati tu maksud dia best, sedap, seronok. Contoh dia macam ni. Wah, seronoknya dapat menikmati aiskrim ni. Afiah boleh faham?"

"Oh, faham. Tapi lain kali abah tak nak cakap mati mati lagi ya."

"Yelah nak!"
Share: