5 Feb 2017

Homestay Kontena Melaka

Bukan mudah nak cari kelainan masa bercuti dengan harga berpatutan. Biasanya wang dan emosi jadi pertaruhan. Dengan memilih Homestay Kontena Melaka, semua ini boleh diandalkan.

Berjarak 150 km dari Kuala Lumpur, perjalanan melalui Lebuhraya Plus ke Bukit Katil (exit Tol Ayer Keroh) hanya ambil masa 90 minit untuk tiba di lokasi yang terletak bersebelahan Rumah Melaka di Jalan Imam Kadir.

Pandangan sisi sahaja cukup memberi impresi unik.

Homestay ini bercirikan gaya moden. Ia dibangun menggunakan badan kontena dari struktur besi kukuh lalu didekorasi sehabis cantik dengan kemasan serta perabot ringkas agar kelihatan santai. Dengan fasiliti yang disediakan, percutian di inap desa ini jadi sangat berbaloi dan bermakna.

Pandangan belakang dengan tangga besi menuju atas.

Kondisi Bilik Yang Terbaik
Bilik kontena ini cukup memuatkan tiga orang dewasa. Jika dibawa bersama seorang lagi kanak-kanak, ruangan ini masih lagi selesa. Dengan talaan suhu aircond sederhana pun, ruang selebar 8 kaki X 40 kaki ini cepat sejuk macam Jepun.

Katil saiz Queen yang selesa.

Bilik ini juga dilengkapi dengan sofa bed supaya anda dapat relaks sambil melempar pandangan indah ke luar cermin. Tambah ceria apabila siaran Astro Beyond juga cukup jelas serta ada pemain DVD.

Lebih menguntungkan lagi, Wifi di dalam bilik pun pantas. Bolehlah update segala macam di Facebook dan Instagram dengan cergas.

Bahagia juga kalau tidur atas sofa bed. Layan.
Ruang bilik air tak kurang hebat. Dengan water heater, sejuk pagi tak perlu hirau.

Keseronokan Mandi Di Kolam Renang
Kolam Renang ini dibina dihadapan guest house kontena. Ia diselenggara dengan baik mengikut jadual supaya air sentiasa bersih dan terjaga. Swimming pool sedalam pinggang orang dewasa ini menyajikan keceriaan kepada para tetamu.

Saya galakkan ibu bapa atau penjaga mandi bersama anak-anak kecil bagi menjamin keselamatan mereka.

Tak pandai berenang pun tak apa. Pelampung budak disediakan.

Duduk disini sambil memantau anak-anak bermain.

Lihat Alam Dari Atas Bumbung
Sesekali, melepaklah di tingkat dua untuk melihat pemandangan alam di kawasan sekitar desa. Meja dan kerusi pun ada. Boleh minum-minum, berbual mesra.

Sesuai kalau mahu bersantai di atas ini pada awal pagi dan hujung petang sambil mengirup kopi panas.

Nikmati Aktiviti Percuma
Disini, anda boleh mengayuh basikal sepuas-puasnya. Mahu ronda kampung dari siang sampai malam pun tak mengapa. Yang penting, jalan pulang usah dilupa.

Jika gemar permainan indoor, jentik sahaja karom, jalankan sahaja Chess, mainkan sahaja Dam. Semuanya untuk anda. Bakat yang ada, tak perlu pendam.

Basikal bergear yang disangkut pada palang.

Patutlah panggil-panggil tak bersahut. Asyik menggodek mainan.

Bergambar Bersama Lukisan 3D
Sebelum pulang, ber-selfie dahulu bersama mural tiga dimensi dikawasan ini kerana ia merupakan kerja seni pengkarya yang didatangkan khas dari Indonesia.

Aktiviti bergambar yang tidak sewajarnya dilepaskan.

Surau Sangat Dekat
Bagi memastikan solat berjemaah sentiasa terjaga, ada surau terdekat iaitu Surau Ubudiah Kampung Baru. Keluar dari pagar automatik inap desa, belok kanan dan terus sahaja hingga temu musolla ini. Hanya 2 minit sahaja.

Untuk solat Jumaat, anda boleh ke Masjid Al-Rahmah di Kampung Tun Abdul Razak, berdepan dengan Gold Coast Malacca International Resort.

Untuk akses ke masjid ini, anda perlu keluar dari simpang Jalan Imam Kadir, belok ke kanan menghala ke lampu isyarat dan kemudian ambil arah kanan menghala ke Gold Coast Malacca. Tiba dipersimpangan hadapan resort tersebut, belok kiri dan terus sahaja hingga jumpa kubah masjid. Sangat dekat. Hanya 5 minit sahaja.

Harga Bilik
Penginapan pada hari biasa ditawarkan pada harga RM150 untuk 2 hari 1 malam. Jika datang pada hari cuti am, cuti sekolah atau hujung minggu, hanya perlu menambah RM30 sahaja. Murah dan sangat berbaloi.

Ini koordinasi lokasinya, 2°13'48.9"N 102°18'09.3"E.

Hubungi 013 3627077
Hubungi 013 3627077
Hubungi 013 3627077

Facebook : Homestay Kontena Melaka
Website : Homestaykontena.com/homestay-kontena-melaka
Share:

0 Komentar:

Catat Ulasan