1 Feb 2017

Kisah Afiah Salah Dengar Apa Abah Cakap

"Seronok betul hari ni dapat menikmati makanan yang sedap," kata saya sambil membetulkan punggung di kerusi pemandu.

Tiba-tiba Afiah menyampuk, "Eh, abah. Tak bagus cakap mati mati. Ibu, tengok abah dia cakap mati."

Saya tersentak lalu menegur, bukan "mati" yang saya kata tapi "menikmati". Afiah tak puas hati. Telinganya menangkap saya ucap perkataan "mati".

"Afiah dengar abah sebut mati. Abah tak nak cakap macam tu lagi ya," balas Afiah mempertahankan apa yang dia dengar.

Sambil menggeleng kepala, saya minta isteri memperbetulkan salah faham si kecil ini.

"Afiah, abah cakap me... nik... ma... ti.... Menikmati tu maksud dia best, sedap, seronok. Contoh dia macam ni. Wah, seronoknya dapat menikmati aiskrim ni. Afiah boleh faham?"

"Oh, faham. Tapi lain kali abah tak nak cakap mati mati lagi ya."

"Yelah nak!"
Share:

0 Komentar:

Catat Ulasan