11 Feb 2017

Kisah Afiah Terkucil Atas Karpet Masa Potty Train

Sebelum ini, kami ada ajar Afiah tak pakai pampers di rumah. Belum sampai 12 jam, tilam dah basah.

Baru-baru ini, kami latih lagi. Kali ini, berdesing telinga dia dengar pesanan ibu dan abah. Ayat, "Kalau nak buang air bagitau ibu, bagitau abah" diulang berpuluh kali. Hari pertama berjaya.

Masuk hari kedua, kami bawa Afiah ke kedai. Macam biasa, ayat yang sama disebut-sebut selalu. Si kecil ini faham sambil angguk kepala. Di dalam hati, risau juga kalau-kalau anak "terlepas". Maklumlah, jika ikut teknik "Potty Train" ini kena duduk rumah beberapa hari tanpa keluar.

Sepanjang perjalanan, semuanya baik-baik sahaja. Afiah pula seronok bergurau di dalam kereta. Namun, sebaik sahaja tiba di kediaman, perkara yang ditakuti akhirnya terjadi.

Afiah tidak berjaya mengawal. Cecair kuning bau hancing mengalir membasahi seluarnya lalu melimpah atas karpet di ruang tamu. Sekuat hati juga dia meraung. Agaknya takut abah marah.

Sudahnya, Afiah pakai lampin balik. Habis cerita. Kahkah!

Muhammad Arif Aizuddin
Pernah kencing belakang sofa nenek masa umur 6 tahun.
Share:

0 Komentar:

Catat Ulasan