20 Jun 2017

Afiah Makan Donat Sebelah Abah Di Bulan Puasa


Donat-donat ini diratah dengan ganas di sebelah saya di dalam kereta pada pukul 12.30 tengahari semalam.

"Kenapa abah tak suka makan donat?" tanya Afiah.

"Puasa."

"Afiah pun kuasa (puasa) jugak," sambil menyuap donat berhias kacang ke dalam mulut.

Bunyi krup krap krup krap itu sangat menekan jiwa.

Ya Tuhan!

Share:

10 Jun 2017

Gaji Besar Seorang Chef Hanya Untuk Rasa Makanan Dan Pergi


Seorang chef masuk ke dapur hotel lalu keluarkan sudu dari tepi poket bajunya. Beliau pergi ke bekas makanan yang sudah siap dimasak dan merasai makanan tersebut sebelum pergi.

Seorang pembantu dapur yang baru bekerja di hotel berkenaan memerhati tingkah laku chef tersebut lalu berkata,

"Gaji chef itu berbelas ribu sebulan. Tapi kerjanya cukup mudah. Makan dan pergi. Itu sahaja."

Rakan sekerjanya yang mendengar keluhan itu terus berkata,

"Kau tahu tak, chef tu ambil masa 10 tahun untuk belajar hingga sampai ke tahap itu?"
Share: